Assalamualaikum wbr….

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurni serta inayahNya dapat saya selaku admin blog Koleksi Kuliyah Ustaz Azhar Idrus melancarkan blog ini dengan sempurna. Alhamdulillah….

Siapakah Ustaz Azhar Idrus?

Kepada sesiapa yang belum mengenal Ustaz Azhar Idrus, saya akan memberi serba sidikit info tentang ustaz. Mudah-mudahan info yang saya kongsikan ini benar dan tepat.

ustaz azhar potret

Nama: Azhar bin Idrus

Panggilan: Ustaz Azhar

Asal: Kampung Ladang, Kuala Terengganu

Status: Berkahwin (2 Isteri)

Perkerjaan: Penceramah bebas/ photographer

#info lain akan ditambah sekiranya saya ketahui

Tujuan Blog Ini Dilancarkan?

Saya merupakan anak murid Ustaz Azhar Idrus berasal dari Terengganu. Saya mula mengenal Ustaz Azhar pada tahun 2007 lagi. Ketika itu tak ramai yang mengenal Ustaz Azhar seperti hari ini. Setiap hari saya mengikuti kuliyah2 Ustaz Azhar di daerah Kuala Terengganu sehingga sekarang.

Oleh kerana saya rasa amat wajar seluruh umat Islam mengikuti ceramah2 Ustaz Azhar, adalah lebih baik saya buat satu blog untuk mengumpulkan semua koleksi kuliyah Ustaz Azhar bagi memudahkan penyebaran Ilmu yang disampaikan oleh permata Islam ini.

Adalah diingatkan, perkongsian ILMU dalam blog ini datangnya dari sumber2 yang terdapat di dalam internet. Saya hanya mengumpulkan sahaja. Justeru, kalau pemilik sebenar hak milik datang menuntut,saya akan pulangkan kembali. ILMU harus disebarkan dan diamalkan… mudah2an kita semua mendapat manfaat…!!

Salam ramadan karim…